Kisah Nabi Huud as
"Aad" adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah
Arab di suatu tempat bernama "Al-Ahqaf" terletak
di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah
kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh
yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan
sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan
mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal
mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t.
itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang
singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara
suku-suku yang hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana
dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya
tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat
patung-patung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar"
dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka
dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak
kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi
Nuh sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari.
Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang
subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah
kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Kerananya
mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil
memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau
kekeringan.
Sebagai
akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi
dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis laknatullah, di mana nilai-nilai moral
dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk
seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga
timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang
kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa
memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut
dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu merajalela dan menguasai
penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas
kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran
masyarakat suku Aad tatkala Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan
rasul kepada mereka.
Sudah
menjadi sunnah Allah s.w.t. sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa dari masa
ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat sudah
jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-Nya
diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran
nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke
jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusia dari segala tahayul dan
syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman tauhid dan aqidah yang sesuia
dengan fitrah.
Demikianlah
maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan
kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu
semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri
dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan
kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sgt bijaksana dalam pergaulan
dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulai dakwahnya dengan menarik perhatian
kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah s.w.t. yang berupa alam
sekeliling mereka dan bahawa Allah s.w.t. lah yang mencipta mereka semua dan
mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang
subur, air yang mengalir serta tubuh-tubuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang
seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri.
Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya
merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka
hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.
Di
terangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh Allah s.w.t. yang diberi
tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah s.w.t. yang
menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau
mencabutnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa
atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya
menjalankan perintah Allah s.w.t. dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka
tetap menutup telinga dan mata mrk menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan
ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah s.w.t. sebagaimana terjadinya atas kaum
Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan
mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan
kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja
itu.
Bagi
kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah
mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh
Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar
peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek
moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku
mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan
menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka
tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran
mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan
berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan
hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.
Berkatalah
kaum Aad kepada Nabi Hud: "Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau
hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan
kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang
tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata
kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah
kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan
meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada
aturan nenek moyangmu dan jangan mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan
memebawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan
direstuinya."
Wahai
kaumku! jawab Nabi Hud, "Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada
kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan
pancainderamu namun kamu dapat melihat dan merasakan wujudnya dalam diri kamu
sendiri sebagai ciptaanNya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa
langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya
sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat
bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang
sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan
kepala kamu kepada-Nya, Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan
diperanakan yang walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dengan pancainderamu,
Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu
mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang
harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada keesaan-Nya dan
kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan
tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang
yang tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu.
Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan
agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan
kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."
Wahai
Hud! jawab kaumnya, "Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan
dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak
dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri
bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan
memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal?
Engkau mengaku bahawa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk
membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari
jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa
hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah
dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada
kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami
hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang
dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar
atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami
yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."
"Wahai
kaumku" jawab Nabi Hud, "Aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku
tetap waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahawa
patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu
gangguan atau penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama
aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap
bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku
tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan
kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah
s.w.t. yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya
yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis laknatullah dan sudah jauh
menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu
kerana Allah s.w.t. tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama
terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang
rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang
diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu
berimanlah dan bersujudlah kepada Allah s.w.t., Tuhan seru sekalian alam, Tuhan
yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi
menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuhan bagi meneruskan hidupmu.
Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan
tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan
terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh
dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali
kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu
didunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh
mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api
neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah s.w.t. kepada kamu dan dengan
ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika
kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."
Kaum
Aad menjawab: "Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau
telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau
dan akalmu berubah menjadi tidak siuman. Engkau telah mengucapkan kata-kata
yang tidak masuk akal bahawa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki
dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur
kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami
akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang.
Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakutkan kami dan
mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong
belaka. Ketahuilah bahawa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti
ajaranmu kerana bayangan azab dan seksa yang engkau bayangkannya kepada kami
bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan
ancaman itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang
pendusta."
"Baiklah"
jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap
berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu
kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana
kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah s.w.t. menjadi
saksiku bahawa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku
kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi
penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah
s.w.t. bagi hamba-hamba-Nya."
Pembalasan
Allah s.w.t. terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan
dalam dua perinkat. Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang
dan kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan,
kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya
seperti biasanya. Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan
mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah s.w.t.
yang dijanjikan dan bahawa Allah s.w.t. masih lagi memberi kesempatan kepada
mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman
kepada Allah s.w.t. dengan meninggalkan persembahan mereka yang bathil kemudian
bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t. agar segera hujan turun kembali
dengan lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan
tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah
janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka
memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.
Tentangan
mereka terhadap janji Allah s.w.t. yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera
mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan
terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang
disambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana dikiranya bahawa hujan akan
segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang
sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu
berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega
hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu
sebagai pembalasan Allah s.w.t. yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti
untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu
dusta."
Sejurus
kemudian menjadi kenyataanlah apa yang dikatakan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan
hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan
kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merosakkan
bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua
perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang
ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini mencari
perlindungan Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan
anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan
itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih
kaum Aad yang congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan
itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.
Adapun
Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah
s.w.t. dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya
melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi
pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan
orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah keadaan cuaca kembali
tenang dan tanah "Al-Ahqaf " sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad
pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia
tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana
dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat
lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang
beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada
setiap tahun.
Selesailah
kisah kaum Nabi Nuh dalam sejarah. Majoriti di antara mereka yang mendustakan
ajarannya telah dihancurkan oleh taufan. Sedangkan minoriti antara mereka dapat
kembali memakmurkan bumi sebagai wujud dari sunatullah dan janji-Nya: Sedangkan
janji Allah SWT kepada Nabi Nuh adalah:
"Dan
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang takwa." (QS. al-Qashash:
83)
Dan
janji Allah SWT juga kepada Nabi Nuh adalah:
"Difirmankan:
'Hai Nuh, turunlah dengan selamat dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan
atas umat-umat (yang beriman) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada pula
umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam hehidupan dunia),
kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami. " (QS. Hud: 48)
Berputarlah
roda kehidupan dan datanglah janji Allah SWT. Setelah datangnya taufan, tiada
yang tersisa dari manusia di muka bumi kecuali orang-orang yang beriman. Tiada
satu hati yang kafir pun berada di muka bumi dan syaitan mulai mengeluhkan
pengangguran.
Berlalulah
tahun demi tahun, lalu matilah para orang tua dan anak-anak, dan datanglah anak
dari anak-anak. Manusia lupa akan wasiat Nabi Nuh dan mereka kembali menyembah
berhala. Manusia menyimpang dari penyembahan yang semata-mata untuk Allah SWT.
Akhirnya, tipuan kuno berulang kembali. Para cucu kaum Nabi Nuh berkata:
"Kita tidak ingin melupakan kakek kita yang Allah SWT selamatkan mereka
dari taufan."
Oleh
kerana itu, mereka membuat patung-patung orang-orang yang selamat itu yang
dapat mengingatkan mereka dengannya. Dan pengagungan ini semakin berkembang
generasi demi generasi, namun akhimya penghormatan itu berubah menjadi
penghambaan. Patung- patung itu berubah - dengan bisikan syaitan - menjadi
tuhan selain Allah SWT. Dan bumi kembali mengeluhkan kegelapan. Lalu Allah SWT
rnengutus junjungan kita Nabi Hud di tengah-tengah kaumnya.
Al-Qur'an
menyingkap ceritanya setelah diutusnya Nabi Hud untuk membawa agama kepada
manusia. Nabi Hud berasal dari kabilah yang bernama 'Ad. Kabilah ini tinggal di
suatu tempat yang bernama al-Ahqaf. la adalah padang pasir yang dipenuhi dengan
gunung-gunung pasir dan tampak dari puncaknya lautan. Adapun tempat tinggal
mereka berupa tenda-tenda besar dan mempunyai tiang-tiang yang kuat dan tinggi.
Kaum 'Ad terkenal dengan kekuatan fisik di saat itu, dan mereka juga memiliki
tubuh yang amat tinggi dan tegak sampai-sampai mereka mengatakan seperti yang
dikutip oleh Al-Qur'an:
"Mereka
berkata: 'Siapakah yang lebih kuat daripada kami.'" (QS. Fushilat: 15)
Tiada
seorang pun di masa itu yang dapat menandingi kekuatan mereka. Meskipun mereka
memiliki kebesaran tubuh, namun mereka memiliki akal yang gelap. Mereka
menyembah berhala dan membelanya bahkan mereka siap berperang atas namanya.
Mereka malah menuduh nabi mereka dan mengejeknya. Selama mereka menganggap
bahawa kekuatan adalah hal yang patut dibanggakan, maka seharusnya mereka
melihat bahawa Allah SWT yang menciptakan mereka lebih kuat dari mereka.
Sayangnya, mereka tidak melihat selain kecongkakan mereka. Nabi Hud berkata
kepada mereka:
"Wahai
kaumku, sembahlah Allah yang tiada tuhan lain bagi kalian selain-Nya. "
(QS. Hud: 50)
Itu
adalah perkataan yang sama yang diucapkan oleh seluruh nabi dan rasul.
Perkataan tersebut tidak pernah berubah, tidak pernah berkurang, dan tidak
pernah dicabut kembali. Kaumnya bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin
menjadi pemimpin bagi kami melalui dakwahmu ini? Imbalan apa yang engkau
inginkan?" Nabi Hud memberitahu mereka bahawa ia hanya mengharapkan
imbuhan dari Allah SWT. Ia tidak menginginkan sesuatu pun dari mereka selain
agar mereka menerangi akal mereka dengan cahaya kebenaran. Ia mengingatkan mereka
tentang nikmat Allah SWT terhadap mereka. Bagaimana Dia menjadikan mereka
sebagai khalifah setelah Nabi Nuh, bagaimana Dia memberi mereka kekuatan fisik,
bagaimana Dia menempatkan mereka di bumi yang penuh dengan kebaikan, bagaimana
Dia mengirim hujan lalu menghidupkan bumi dengannya.
Kaum
Hud membuat kerosakan dan mengira bahawa mereka orang-orang yang terkuat di
muka bumi, sehingga mereka menampakkan kesombongan dan semakin menentang
kebenaran. Mereka berkata kepada Nabi Hud: "Bagaimana engkau menuduh tuhan-tuhan
kami yang kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya?" Nabi Hud menjawab:
"Sungguh orang tua kalian telah berbuat kesalahan." Kaum Nabi Hud
berkata: "Apakah engkau akan mengatakan wahai Hud bahawa setelah kami mad
dan menjadi tanah yang beterbangan di udara, kita akan kembali hidup?"
Nabi Hud menjawab: "Kalian akan kembali pada hari kiamat dan Allah SWT
akan bertanya kepada masing-masing dari kalian tentang apa yang kalian
lakukan."
Setelah
mendengar jawaban itu, meledaklah tertawa dari mereka. Alangkah anehnya
pengakuan Hud, demikianlah orang-orang kafir berbisik di antara mereka. Manusia
akan mati dan ketika mati jasadnya akan rusak dan ketika jasadnya rusak ia akan
menjadi tanah kemudian akan dibawa oleh udara dan tanah itu akan beterbangan, lalu
bagaimana semua ini akan kembali ke asalnya. "Kemudian apa pengertian
adanya hari kiamat? Mengapa orang-orang yang mati akan bangkit dari
kematiannya?" Hud menerima pertanyaan-pertanyaan ini dengan kesabaran yang
mulia. Kemudian ia mulai menerangkan pada kaumnya keadaan hari kiamat. Ia
menjelaskan kepada mereka bahawa kepercayaan manusia kepada hari akhir adalah
satu hal yang penting yang berhubungan dengan keadilan Allah SWT, sebagaimana
ia juga sesuatu yang penting yang juga berhubungan dengan kehidupan manusia.
Nabi
Hud menerangkan kepada mereka sebagaimana apa yang diterangkan oleh semua nabi
berkenaan dengan hari kiamat. Sesungguhnya hikmah sang Pencipta tidak menjadi
sempurna dengan sekadar memulai penciptaan kemudian berakhirnya kehidupan para
makhluk di muka bumi ini, lalu setelah itu tidak ada hal yang lain. Ini adalah
masa tenggang yang pertama dari ujian. Dan ujian tidak selesai dengan hanya
menyerahkan lembar jawaban. Harus juga disertai dengan koreksi terhadap lembar
jawaban itu, memberi nilai, dan menjelaskan siapa yang berhasil dan siapa yang
gagal.
Manusia
selama hidup di dunia tidak hanya mempunyai satu tindakan; ada yang berbuat
kelaliman, ada yang membunuh, dan ada yang melampaui batas. Seringkali kita
melihat orang-orang lalim pergi dengan bebas tanpa menjalani hukuman. Cukup
banyak orang-orang yang jahat namun mereka mendapatkan fasilitas yang mewah dan
mendapatkan penghormatan serta kekuasaan. Ke mana orang-orang yang teraniaya
akan mengadu dan kepada siapa orang-orang yang menderita akan mengeluh?
Logika
keadilan menuntut adanya hari kiamat. Sesungguhnya kebaikan tidak selalu menang
dalam kehidupan, bahkan terkadang pasukan kejahatan berhasil membunuh dan
memperdaya para pejuang kebenaran. Lalu, apakah kejahatan ini berlalu begitu saja
tanpa mendapatkan balasan? Sungguh suatu kelaliman besar terhampar seandainya
kita menganggap bahawa hari kiamat tidak pernah terjadi. Allah SWT telah
mengharamkan kelaliman atas diri-Nya sendiri, dan Dia pun mengharamkannya
terjadi di antara hamba-hamba-Nya., maka adanya hari kiamat, hari perhitungan,
hari pembalasan adalah sebagai bukti kesempurnaan dari keadilan Allah SWT.
Sebab hari kiamat adalah hari di mana semua persoalan akan disingkap kembali di
depan sang Pencipta dan akan di tinjau kembali, dan Allah SWT akan memutuskan
hukum-Nya di dalam-nya. Inilah kepentingan pertama tentang hari kiamat yang
berhubungan langsung dengan keadilan Allah SWT.
Ada
kepentingan lain berkenaan dengan hari kiamat, yang berhubungan dengan perilaku
manusia sendiri. bahawa keyakinan dengan adanya hari akhir, mempercayai hari
kebangkitan, perhitungan amal, penerimaan pahala dan siksa, dan kemudian masuk
surga atau neraka adalah perkara- perkara yang langsung berkenaan dengan
perilaku manusia, di mana konsentrasi manusia dan had mereka akan tertuju
dengan alam lain setelah alam ini. Oleh kerana itu, mereka tidak akan
terbelenggu oleh kenikmatan dunia, kerakusan kepadanya, dan egoisme untuk
menguasinya. Mereka tidak perlu gelisah saat mereka tidak berhasil melihat
balasan usaha mereka dalam umur mereka yang pendek dan terbatas. Dengan
demikian, manusia semakin meninggi dari tanah yang menjadi asal penciptaannya
ke roh yang ditiupkan oleh Tuhannya.
Barangkali
persimpangan jalan antara tunduk terhadap imajinasi dunia, nilai-nilainya, dan
pertimbangan-pertimbangannya dan ketergantungan dengan nilai-nilai Allah SWT
yang tinggi dapat terwujud dengan adanya keimanan terhadap hari kiamat. Nabi
Hud telah membicarakan semua ini dan mereka telah mendengarkannya namun mereka
mendustakannya. Allah SWT menceritakan sikap kaum itu terhadap hari kiamat:
"Dan berkatalah pemuka-pemuka yang
kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan pertemuan dengan hari kiamat
(kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia: 'Orang ini
tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia, makan dari apa yang kamu, makan,
dan meminum dari apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian
menaati manusia yang seperti kamu, niscaya bila demikian itu, kamu benar-benar
menjadi orang- orang yang merugi. Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian,
bahawa bila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang belulang, kamu
sesungguhnya akan dikeluarkan (dari kuburmu)?, jauh, jauh sekali (dari
kebenaran) apa yang diancamkan kepadamu itu, kehidupan tidak lain hanyalah
kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan sekali-kali tidak akan
dibangkitkan lagi. " (QS. al- Mu`minun: 33-37)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Kirimkan kritik dan saran anda bebas dan sopan.